Friday, 27 May 2016

Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Pengenalan
      Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi masyarakat.Perkara ini tidak hanya melibatkan proses pembelajaran tetapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang adalah benar dan mantap.Sesungguhnya perkara ini merupakan suatu proses untuk memperkayakan modal intelek sekaligus bertujuan membentuk masyarakat agar memiliki kualiti kehidupan yang lebih baik.



Kepentingan 
  • individu : dapat membantu seseorang merancang teknik untuk mendapatkan pengetahuan bagi meningkatkan kerjaya mereka.
  • organisasi : dapat membantu organisasi bagi keberkesanan dan kecekapan,memperbaiki kedudukan pasaran dan komunikasi antara pekerja sekaligus meningkatkan sinergi antara pekerja.
  • pembelajaran sepanjang hayat dapat mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan.
  • memotivasikan dan membolehkan mereka mengusai,menghayati agar pelbagai cabaran hidup dapat ditangani dengan yakin.


PENGURUSAN MAKLUMAT

Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan maklumat.Definisi bagi maklumat adalah data,bahan dan pengetahuan di mana maklumat tersebut mestilah relevan ,boleh dipercayai,boleh difahami dan membantu mengurangkan ketidakpastian.Dari segi istilah,literasi maklumat adalah keupayaan mencari atau mengguanakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepangjang hayat.Individu yang celik maklumat ini adalah yang tahu bagaimana pengetahuan dicari,disusun dan digunakan agar masalah dapat diselesaikan dan orang ramai dapat memahaminya.


 Konsep Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
  • perkembangan kemahiran maklumat
  • kelancaran maklumat
  • latihan pengguna
  • kecekapan maklumat
  • orientasi perpustakaan
  • pendidikan berguna
  • pengajaran bibliografi

Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses membangun,memanfaat dan menggunakan pengetahuan yang terdiri daripada 3 komponen.Proses ini dapat meningkatkan daya saing organisasi yang mana pengetahuan yang dikongsi dapat menjana idea yang kreatif serta sesungguhnya pengetahuan hanya akan bertambah nilai apabila dikongsi bersama individu lain.Dalam konteks organisasi,pegurusan ini dapat membantu ahli mencari,meilih dan menyebarkan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah selain dapat mengawal penciptaan,penyebaran dan penyuntingan pengetahuan.Terdapat 4 proses utama dalam hal ini iaitu penciptaan,penyimpanan dan pemerolehan semula,pemindahan dan aplikasi.
Setiap maklumat yang diperoleh itu perlulah disahkan akan kesahihannya sebagai usaha menangkis sebarang fakta salah dan palsu dan dapat diterima melalui teknik berikut :
  • membentuk sikap positif untuk mengurus maklumat
  • melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
  • mencari mentor atau pembimbing
  • berkongsi pengetahuan
  • menerap pengetahuan dalam menyelesaikan masalah.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)


Definisi tajuk di atas adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa sejak dari kecil hingga menjangkau usia puluhan secara sukarela dan atas motivasi sendiri.Pembelajaran ini terdiri daripada latihan ,pembangunan diri,dan pembelajaran di mana dapat melengkapakan diri dengan ilmu yang kental bagi menghadapi cabaran-cabaran semasa akan datang.PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep  :
  • home schooling/tidak formal
  • pendidikan formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil
  • pendidikan lanjutan formal di institusi pengajian tinggi
  • latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme
  • pembelajaran maya menggunakan alat multimedia

    Pendidikan Jarak Jauh merupakan salah satu kaedah pendidikan sepanjang hayat yang direalisasikan melalui konsep e-pembelajaran atau juga dikenali sebagai mobile learning yang mana berlaku secara formal secara maya dikendalikan oleh pihak institusi dan universiti.E-learning merupakan dasar baru dari perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan e-learning,pelajar tidak perlu berada di dalam kuliah untuk mendengar kuliah secara langsung. E-learning juga dapat menjimatkan waktu pengajian.Kemudahan ini membolehkan seseorang memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran menerusi internet.




Pembelajaran Sepanjang Hayat merangkumi 4 asas utama iaitu :
  1.  kesedaran diri-mengenali diri sendiri dan mampu mengenal pasti identiti diri
  2.  perancangan untuk belajar-menetapkan ibjektif/perancangan bagi mencapai matlamat itu
  3. memahami cara belajar-mengetahui kaedah belajar
  4. penilaian berterusan-pemantauan tentang hasil pembelajaran sendiri

    Ulasan
    Sebagai ulasan,kemahiran pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat mampu membolehkan individu menguasai pelbagai kaedah komunikasi dan menganalisis maklumat.Kebolehan ini dapat megekalkan tradisi keilmuannya serta mempraktikkan kebenaran sekaligus membawa diri kepada kejayaan sebenar.Kemahiran ini sudah pasti sangat memberi manfaat ketika memsuki alam pekerjaan nanti.Walaupun banyak cabaran harus ditempuh terutamanya bagi yang ingin mengikuti pengajian jarak jauh,tapi itu semua bukanlah penghalang bagi kita semua untuk terus belajar dan belajar sehingga ke liang lahad kerana ilmu pengetahuan sangat bernilai dan mampu menjadikan diri kita individu yang dihormati masyarakat.

    Sumber rujukan :
    1) Modul Pembangunan Diri, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.


    Sumber dari:

    http://fantasticfourzt.blogspot.my/2011/12/pengurusan-maklumat-dan-pembelajaran.html

    Kepimpinan & Kerja Berpasukan

    Apa Itu KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN?




    Inovasi dalam kepimpinan

             Kepimpinan berperanan kearah pencetusan inovasi adalah penting. Inovasi dalam kepimpinan yang di cetuskan ini perlu mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengatahuan yang luas untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik.
    Selain memberi dorongan dan komitmen kepada pekerja dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan menghantar mereka ke seminar-seminar atau latihan yang diperlukan, kepimpinan haruslah merangka strategi yang berkesan untuk membawa perubahan dinamik dan menjadikan organisasi itu kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan sesebuah organisasi dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi.
    Di antara perubahan-perubahan inovasi yang dapat dilihat dalam kehidupan manusia ketika ini adalah inovasi teknologi dan inovasi pengatahuan.
    Kejayaan perkembangan organisasi banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif kerana itu pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain.
    Mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat yang berwibawa dalam mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi. Dengan ciri-ciri tersebut, mereka boleh memberi dorongan dalam meningkatkan kualiti produk dan kualiti intelektual. Pemimpin sesebuah organisasi juga hendaklah berkeupayaan untuk memotivasikan pekerja serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap mereka yang ada dalam organisasi.


     ( Sumber dari laman http://hairilhazlan.com/2010/inovasi-dalam-kepimpinan/, artikal kepimpinan )


    Apa itu kerja berpasukan


            Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

    CIRI-CIRI
    PASUKAN KERJA
    Ketua
    Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
    Membuat keputusan
    Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
    Matlamat
    Matlamat ditentukan oleh pasukan
    Penentuan kerja
    Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
    Komunikasi
    Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
    Kerjasama
    Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
    Hasil kerja
    Hasil kerja berpasukan
    Penilaian
    Prestasi di nilai secara kolektif
















    Jadual Ciri2 Sebuah Pasukan

    Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
            1.     Matlamat sama
            2.    Tanggungjawab bersama
            3.    Saling percaya mempercayai
            4.    Berkongsi idea
            5.    Saling bantu membantu
            6.    Bertolak ansur
            7.    Musyawarah
            8.    Kerjasama

    Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

    “Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”

    Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.

            ( Sumber dari laman http://hairilhazlan.com/2010/apa-itu-kerja-berpasukan/, artikal tentang kerja berpasukan )

    Apakah sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin

    Sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin ialah:
           Pintar
           Mempunyai keyakinan yang tinggi
           Karisma
           Azam yang kuat
           Mempunyai kemahiran social
           Intergriti

    Definisi Kepimpinan

           Berasal dari perkataan ‘pimpin’
           Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).
           Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subodinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya (Bennis 1959)
           Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander & Julian 1969)
           Mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan (Fiedler 1967)
           Hubungan antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli lain mematuhi
           Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).
           Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:
    ü  menetapkan matlamat
    ü  menyusun
    ü  mengarah dan menyelaras
    ü  mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

    Gaya kepimpinan


    Teori-teori kepimpinan


    Fungsi pemimpin

    1.  FUNGSI TUGASAN
    Memahami tugas dan merancang pelbagai rancangan bg menyelesaikan tugas secara menyeluruh
    2.  FUNGSI KUMPULAN
    Pemimpin adalah contoh kepada kumpulan
    3.  FUNGSI TERHADAP INDIVIDU
    Pemimpin mengawal individu dalam kumpulan


    DEFINISI KONSEP KERJA BERPASUKAN

    •       Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tetapi kreatif.
    •    Kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan semua ahli, mengembeling segala elemen positif dan menggabungkannya sebagai satu punca tenaga baru (Francis &Young 1979).
    •     Pemimpin boleh menjadikan satu pasukan kerja yang lebih efektif dengan cara mengumpulkan kesemua ahli yang berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja yang ditetapkan.  


    Perbezaan antara  kerja berpasukan dan kerja kumpulan


    Teori kerja berpasukan

               Kepimpinan yang lemah biasanya dilihat sebagai halangan kepada kemajuan sesuatu pasukan. Selain dari pemimpin, peranan pasukan itu sediri akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan yang terbina. Untuk memahami konsep kerja berpasukan,kita akan melihat kepada teori-teori yang berkaitan dengan kerja berpasukan:
    • Teori Belbin
    • Teori Hierarki Keperluan Maslow(Abraham Maslow – 1954)
    •  Teori X dan Y (Douglas McGregor)

    Kelebihan dan faedah kerja berpasukan

    1.   Memupuk Sikap Bekerjasama
    2.  Membuat Keputusan Dan Penyelesaian Masalah
    3. Sumber Manusia Akan Lebih Produktif
    4. Membina Komitmen Yang Mantap
    5. Membina Jaringan Komunikasi Yang Berkesan
    6. Berkualiti 
    7. Semangat Dan Motivasi
    8. Mengurangkan Tenaga Dan Kakitangan
    9. Kepuasan Bekerja

    Ciri-ciri kerja berpasukan

    Kerja berpasukan memiliki cirinya yang tersendiri. Yeop Hussin (2011) seorang pensyarah tempatan menghuraikan aspek-aspek penting yang perlu ada untuk satu kerja pasukan yang mantap. Berikut merupakan hasil dapatan kajian beliau :
    ü  Kepimpinan Ketua
    ü  Keanggotaan Ahli
    ü  Rangkaian Hubungan
    ü  Cara Penyelesaian  Masalah
    ü  Mencapai Matlamat

        ( Sumber dari laman buku Modul Pembangunan Diri )



    Sumber dari:

    http://gangnonames.blogspot.my/2012/12/bab3-kepimpinan-dan-kerja-berpasukan.html

    Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah

    Apa Itu PEMIKIRAN KRITIS?



    Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi antara pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan Inggeris iaitu ‘ critic ’. Kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah. Kritis tidak membawa maksud yang negatif seperti ‘mengkritik’, ‘menghentam’, ‘mengomen’, ‘mengecam’, dan ‘membangkang’. Sebaliknya, ia adalah sifat semulajadi manusia untuk mencari kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Apabila kita berfikir secara kritis ia dapat membantu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara berfikir seseorang atau pada idea atau cadangan yang dikemukakan.

    Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek. Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran berfikir untuk membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat. Pemikir memerlukan kemahiran untuk membuat analisis data atau maklumat yang hendak dikritisnya dengan cara:

    -  membanding
    -  membeza
    -  menyusun atur
    -  mengkelas
    -  mengenal pasti sebab dan akibatnya.

    Pemikiran kritis juga mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah dan teori yang berguna akan diguna pakai manakala teori yang lemah akan disangkal oleh pemikir yang berfikir secara kritis. Malahan, kita akan berupaya untuk berhujah dengan berkesan berdasarkan idea-idea yang bernas yang telah diperolehi. Hakikatnya pemikiran ini mampu membuatkan kita berhujah dengan baik serta menganalisa hujah dengan baik dan lengkap. Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka serta cekap dalam mengkaji sesebuah hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan atau pun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu adalah betul ataupun salah. Selain itu pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat keadaan sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling kita. Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita dalam berhujah secara berkesan, menganalisa hujah secara kritis dan lengkap dan memungkinkan kita untuk berfikir positif dan inovatif serta terbuka “ open mind

    Kesimpulannya kritis membawa maksud kebolehan seseorang untuk membantu dan membaiki idea-idea orang supaya ia boleh diterima atau ditolak sekiranya idea tidak benar atau tidak ada kepastian samaada hendak menerimanya atau tidak disebab kerana tidak cukup maklumat untuk menerima atau menolak. Kritis juga bererti keupayaan untuk menganalisa apa yang diperkatakan, menilainya dengan teliti, mencari bukti tentang kebenaran tentang sesuatu perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat. Tujuannya untuk mengelakkan dari membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan menyoal perkara-perkara yang tidak munasabah serta membuat keputusan dan perancangan berdasarkan maklumat yang ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk mencari kefahaman-kefahaman baru. Kritis dapat ditentukan samaada sesuatu kenyataan itu betul atau salah. Bagaimana pun, kritikan hanya boleh dibuat untuk membaiki idea-idea yang ada dengan mencari kelemahan yang terdapat pada idea tersebut.


    Jenis-jenis pemikiran kritis

    Pemikiran kritis terbahagi kepada dua kategori iaitu:

    a) Pemikiran kritis rendah
    Kategori ini melibatkan proses kognitif yang sederhana . Antara kemahiran-kemahiran kritis tahap ini ialah membanding dan membezakan, membuat kategori, membuat sequens atau urutan, meneliti bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan sebabnya.

    b) Pemikiran kritis tinggi
    Ia melibatkan proses kognitif dan metakognitif . Pemikiran tahap ini juga menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan. Di antara kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul periksa andaian, membuat inferensi, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab serta membuat kesimpulan.

    Stail pemikiran kritis

    a) Stail pragmatik

    Stail ini mementingkan keadaan sebenar dan mengutamakan apa yang praktikal dan perkara yang boleh dilakukan dengan memberi keutamaan kepada maklumat dan fakta dalam membuat penilaian. Antara sifat-sifatnya ialah:

    - mengutamakan apa yang boleh dibuat
    - mementingkan keadaan dan situasi
    - memikirkan apa yang patut dilakukan
    - melihat dari pelbagai aspek
    - melihat keuntungan jangka pendek

    b) Stail negative

    Berfungsi menerbitkan penilaian dan keputusan. Ia memberi fokus kepada kesan-kesan aspek negatif dan membolehkan seseorang itu melihat kesan dan risiko diatas apa yang berlaku. Antara sifat-sifatnya ialah:

    - mengemukakan alasan negatif
    - menduga penolakan
    - mencari alasan mengapa sesuatu itu gagal
    - mengemukakan masalah dan risiko

    c) Stail analitikal

    Stail ini bertujuan untuk menghurai dan meneliti sesuatu perkara dengan teliti. Ia baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Antara ciri-cirinya ialah:

    - mencari fakta dan maklumat secukupnya bekenaan topik yang difikirkan.
    - mendefinisikan pekara-pekara dan masalah yang akan dikupas secara terperinci
    - mencari beberapa jalan untuk menyelesaikan masalah yang difikirkan
    - menilai baik buruk jalan yang difikirkan berdasarkan logik
    - membuat keputusan untuk memilih satu jalan yang difikirkan baik
    - memikirkan cara untuk melaksanakan keputusan itu

    d) Stail objektif

    Ia amat mementingkan fakta dan maklumat dan tidak mengandungi unsur-unsur emosi atau sensasi. Ciri-cirinya:

    - mengemukakan fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak
    - tidak membuat tafsiran terhadap fakta-fakta yang ada
    - membezakan fakta daripada pendapat
    - membezakan fakta daripada kemungkinan
    - membezakan fakta dari keyakinan

    e) Stail saintifik

    Mengutamakan prosedur dalam membuat sesuatu andaian dan spekulasi. Ia juga berasaskan tahap ilmiah yang sesuai dan relevan. Ciri-ciri pemikiran kritis stail ini ialah:

    - mencari kebenaran sains melalui pengutipan data dan menganalisanya
    - tindakan berperingkat dan tersusun
    - membentuk hipotesis tentang sesuatu fenomena
    - memperteguh dan mempertahankan hipotesis

    f) Stail historis

    Bertujuan untuk mencari sebab-sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan kejadian. Lazimnya pemikiran jenis ini menggunakan peristiwa, isu dan kejadian masa lalu. Segala data dan maklumat bersifat fizikal dan bukan fizikal akan dianalisa dan hasilnya akan diterjemahkan untuk menerangkan peristiwa yang berlaku. Antara ciri-cirinya:

    - mencari, mempersembahkan maklumat dan data yang telah lalu
    - membuat hipotesis kejadian masa lalu
    - mencari sebab dan akibat sesuatu kejadian
    - membuat penilaian

    g) Stail reaktif

    Bermula apabila sesuatu isu atau perkara itu telah berlaku dan yang pasti perkara itu bukan berabad-abad lamanya. Ciri-ciri yang penting dalam pemikiran ini ialah:

    - bertindak atau berfikir setelah terdedah dengan sesuatu ransangan
    - mencari kelemahan dan kekurangan yang ada
    - mengkaji dan meneliti setiap aspek atau bahagian
    - mencari ruang untuk mempertikai sesuatu

    h) Stail sistematik

    Bermula daripada tahap yang mudah kepada tahap yang sukar dari awal hingga akhir. Ciri-cirinya:
    - bertindak mengikut tahap yang sesuai
    - mengikut panduan dan kriteria yang telah ditetapkan
    - berasaskan fakta dan maklumat
    - mengambil kira risiko dan kesan jangka masa (pendek dan panjang)


    Pemikiran Kreatif

    Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis. Ini kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin berkembang dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.

    Definisi pemikiran kreatif

    Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti juga didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang spontan dan sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap sebagai orang yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara penyelesaian dari satu idea utama.

    Stail pemikiran kreatif

    a) Stail lateral

    Merupakan kaedah untuk menerbitkan idea yang baru. Idea baru tidak berkaitan langsung dengan idea lama. Stail ini melihat sesuatu penyelesaian masalah dan kaedah membuat keputusan dengan menggunakan teknik yang agresif untuk memaksa minda menerbitkan idea yang luar biasa. Idea yang terbit menerusi teknik-teknik lateral ini tidak dinilai sebaliknya ia diguna pakai walaupun nampak tidak releven.

    b) Stail projektif

    Menggunakan pendekatan meramal, iaitu meramalkan apa yang belum dan akan berlaku, memberikan sebab dan faktor-faktor yang boleh wujud pada masa depan, dan memerlukan maklumat dan pengalaman peribadi untuk membuat penilaian tentang trend masa depan.

    c) Stail emotif

    Menggunakan jenis emosi yang mendalam seperti kecintaan, ketakutan, kebencian, kemarahan, syak wasangka dan keimanan. Seluruh hasil pemikiran menunjukkan pengaruh emosi tersebut dengan menggunakan logik.

    d) Stail negatif

    Pemikiran negatif adalah bersifat logikal, ia mengunakan fakta sebagai asas untuk membuat penilaian-penilaian negatif. Kita perlu mempunyai asas yang kuat untuk mempertahankan kewajaran pendapat kita. Pemikiran ini dapat mengelakkan kita daripada membuat kesilapan dan perkara-perkara yang bodoh. Stail ini mementingkan kebenaran dan realiti. Antara ciri-ciri ialah mengemukakan alasan logik tetapi negatif, mencari alasan mengapa sesuatu itu akan gagal, mengemukakan masalah dan risiko, menyenaraikan dan mencari kepincangan sesuatu idea.

    e) Stail positif

    Melihat sesuatu idea dengan baik sangka. Ia menumpukan kepada kebaikan, mengatasi kelemahan yang ada.

    f) Stail analitikal

    Stail berfikir secara analitikal mengunakan pelbagai teori, teknik, dan pendekatan. Teori ini baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Kita akan dapat melakukan analisis setelah ada sesuatu yang terjadi terlebih dahulu.

    g) Stail objektif

    Berfikir secara objektif menunjukan ciri-ciri tertentu. Ia menggunakan fakta-fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak, membezakan fakta dari kemungkinan dan membezakan fakta dari keyakinan.

    h) Stail imaginatif

    Menekankan peranan imaginasi minda. Minda kita boleh membuat penggambaran dan penggambaran tentang sesuatu yang kita kehendaki secara visual.

    Ciri-ciri pemikiran kreatif

    Antara beberapa ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan penghuraian.

    1) Keaslian

    Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati orang mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan. Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita bayangkan.

    2) Kelancaran

    Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

    Proses menerbitkan pemikiran kreatif

    Idea sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia boleh membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan pengetahuan, imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi peyusunan semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru. Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai maklumat tentang perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan antaranya:

    a) Proses menyoal
    Seseorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu. Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.

    b) Proses tidak sengaja
    Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.

    c) Pengalaman
    Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan berjaya.

    d) Proses kesilapan
    Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan menjalankan eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan tersebut mereka menjumpai formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan kajiannya.

    e) Imaginasi dan visualisasi
    Semua orang mampu membuat imginasi dan visulisasi. Proses imaginasi dan visualisasi bersifat abstrak, tetapi boleh diterjemahkan secara konkrit. Visualisasi dan imaginasi boleh dilakukan dengan lima prinsip utama:
    tentukan matlamat yang ingin dicapai.
    cipta idea dan buatkan gambaran yang jelas.
    Sentiasa tumpukan pemerhatian
    Timbulkan daya positif
    Meningkatkan fungsi otak kanan

    Teknik-teknik melahirkan pemikiran kreatif

    1) teknik sumbangsaran : pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa menjalankan undian atau kritikan terhadap idea yang diberikan walaupun tidak logik seterusnya perbincangan bersama akan dijalankan untuk menentukan idea yang akan diguna pakai.

    2) teknik peniruan: meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain sehingga mendapat satu idea baru yang diinginkan .

    3) teknik peta minda : melibatkan mengambil nota dan menggunakannya untuk menjana idea secara berkaitan. Ciri utama ialah memori visual, kata kunci, penglibatan secara sedar, pengelompakan dan perkaitan.

    4) analisis inventori masalah : menfokus kepada masalah-masalah yang wujud. Mengenalpasti masalah dan membincangkan masalah.

    Pemikiran Saintifik

    Pemikiran saintifik adalah daya usaha untuk mengenal pasti apa yang betul dan yang salah dari segi logik akal pemikiran manusia. Logik ini terbahagi kepada dua iaitu logik ciptaan akal manusia contohnya matematik dan logik yang kedua yang ialah logik alam berdasarkan realiti alam sebenar. Terdapat banyak percanggahan keputusan di antara logik akal dan logik alam ini. Contohnya seseorang yang mempelajari bidang matematik pasti akan menjawab 2 apabila diajukan saolan 1 + 1= ?. Jawapan ini semestinya benar, bagaimana pun ia akan menjadi sebaliknya jika kita melihatnya menerusi sudut logik alam. Tidak semua benda apabila dicampurkan akan mematuhi peraturan atau hukum matematik. Sebagai contoh, setitik air apabila dicampurkan dengan setitik lagi air tidak akan menghasilkan dua titik air. Sebaliknya ia tetap menjadi setitik air walaupun berlaku perubahan dalam jumlah kuantitinya. Pemikiran saintifik merupakan intipati kajian. Ia merupakan satu bentuk fenomena cara berfikir yang mengambil kira serta mementingkan unsur-unsur sebab dan akibat.ini bermakna pemikiran saintifik ini amat mementingkan bukti serta hujah bagi mempertahankan sesuatu hujah,pendapat atau hipotesis.

    Individu yang berfikir dengan menggunakan pemikiran saintifik ialah seseorang yang suka berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Contohnya, ahli sains serta individu yang menggunakan kemahiran berfikir secara saintifik biasanya akan membina satu hipotesis dahulu bagi membuat sebarang kajian mengenai apa-apa tajuk. Mereka akan mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan sebanyak yang mungkin bagi membuat kajian sama ada kajian yang dijalankan akan dapat memenuhi andaian yang dibuat pada peringkat awal iaitu hipotesis mereka.setelah mengumpul semua data-data yang ada, mereka akan cuba menguji semua data yang berkaitan tadi bagi melihat sama ada data-data berkenaan boleh mempengaruhi hasil kajian ataupun tidak. Dalam peringkat ini, semua data-data yang berkaitan akan diasing serta dipisahkan dari satu sama lain bagi mengelakkan kemunginan pertindihan keputusan. Semua bukti hasil ujian data-data bahan ujian juga akan dipisah-pisahkan bagi melihat kesan ujian ke atas kajian sama ada relevan dengan hipotesis ataupun sebaliknya. Setelah semua perbandingan hasil ujian dibuat, maka satu kesimpulan akan dibuat berdasarkan semua bukti hasil ujian yang dilakukan pada peringkat sebelumnya. Pada peringkat ini, dapat dilihat hipotesis yang dibuat pada peringkat pertama kajian dulu adalah benar serta dapat dibuktikan ataupun tidak benar serta tidak dapat dibuktikan. Apa yang harus diketahui mengenai pemikiran saintifik ini ialah pemikiran jenis ini berlaku dalam satu bentuk yang amat ringkas berdasarkan asas hukum sebab dan akibat. Ini bermakna, pemikir golongan saintifik ini sentiasa berpendapat bahawa setiap sesuatu yang berlaku, ia mempunyai sebab yang tertentu dan dengan sebab itu ia akan turut menghasilkan akibat yang tertentu.

    Pemikiran jenis ini juga amat mementingkan kerangka pemikiran yang berbentuk skema serta linear. Maksud skema dan linear ini ialah golongan ini menggunakan cara yang sistematik dengan menjalankan tindakan secara berperingkat-peringkat. Metod pemikiran ini amat popular di kalangan saintis dalam kajian mereka untuk menjumpai penemuan baru dengan menggunakan beberapa andaian yang dinamakan sebagai hipotesis. Jika hipotesis yang dibuat lebih banyak maka peluang untuk menemui penemuan yang baru adalah amat tinggi.
    Pemikiran saintifik ini bersifat nyata, langsung dan terbit daripada suatu set peraturan. Sebarang kesilapan akan menyebabkan sebarang andaian atau kesimpulan adalah tidak benar dan sudah pasti ianya tidak memenuhi set peraturan yang telah ditetapkan. Ia adalah alat untuk memproses maklumat yang diterima dan menjelaskan perkara-perkara yang tersirat di dalamnya. Segala persoalan akan dinilai dari sudut maklumat dan fakta terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Pemikiran sebegini sesuai untuk :
    mencari kaitan sebab-akibat antara satu perkara dengan perkara lain ataupun antara satu
    peristiwa dengan satu peristiwa lain.
    membuat kesimpulan atau deduksi.
    mempertahankan hujah-hujah kita bagi menyokong atau menolak sesuatu idea,
    mengemukakan cadangan atau pandangan.

    Ciri-Ciri Pemikiran Saintifik

    Memerhati
    Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
    Membuat inferens
    Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun tidak.
    Berkomunikasi
    Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model, atau jadual.
    Mentafsir maklumat
    Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada
    maklumat yang terkumpul.
    Membuat hipotesis
    Sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

    Menyelesaikan Masalah

    Menyelesaikan masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif, mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan atau kekurangan dan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan mengkaji dan meneliti bagaimana masalah boleh terjadi, cara menghadapi masalah, cara menyelesaikannya dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
    Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran Penyelesaian Masalah
    Kenal pasti masalah yang dihadapi
    Cari sebab-sebab timbulnya masalah dengan meneliti keadaan pada masa tersebut dan cari tujuan dan sebab-sebab masalah itu perlu diselesaikan.
    Cari masalah yang sebenarnya dengan mefokuskan isu yang penting. Halangan-halangan kepada penyelesaian masalah dan sebab timbulnya halangan tersebut juga dikenalpasti.
    Fikirkan dan senaraikan kemungkinan-kemungkinan penyelesaian masalah
    Teliti kemungkinan-kemungkinan kesan dan akibat sekiranya cadangan penyelesaian tersebut dilaksanakan dengan melihat:
    kesan dan akibat yang penting difikirkan
    kesan dan akibat tersebut
    sejauhmanakah pentingnya kesan dan akibat tersebut.
    Pilih penyelesaian yang terbaik berdasarkan maklumat-maklumat di atas.

    Langkah-langkah tersebut dapat dilaksanakan melalui pengurusan lisan atau grafik. Pengurusan lisan bermaksud satu alat berfikir dalam bentuk ujaran yang menggunakan soalan-soalan panduan dan arahan-arahan tertentu untuk membantu dalam usaha meningkatkan kualiti pemikiran dan kemahiran berfikir.Pengurusan grafik pula adalah sejenis alat berfikir dalam bentuk visual yang disediakan dalam bentuk lakaran, carta atau borang bagi membantu mengurus menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik.

    Kaedah Penyelesaian Masalah

    Terdapat beberapa kaedah menyelesaikan masalah. Secara konvensionalnya terdapat tiga cara yang dilakukan oleh manusia untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka, iaitu:

    1) Penyelesaian Secara Logik
    Menyelesaikan masalah secara logik melibatkan proses rasional-deduktif seperti berikut:

    (a) Mengenalpasti dan memahami premis masalah.
    Langkah pertama ini sangat penting sekali, kerana tanpa mengetahui kedudukan persoalannya yang sebenar, sampai bilapun tidak akan sampai kepada penyelesaian. Kadang-kadangnya timbul konflik dan krisis semata-mata kerana tidak memahami isunya yang sebenar. Socrates pernah berkata: "Jika sudah diketahui kedudukan persoalan yang diperbincangkan, nescaya akan lenyap segala perselisihan."

    (b) Mencari sebab atau punca masalah.
    Langkah ini juga sangat penting, kerana kesilapan menjejaki puncanya yang sebenar, sudah tentu kita akan membuang masa dan tenaga yang sia-sia untuk melaksanakan program penyelesaian yang tidak menepati sasaran. Dalam bidang perubatan misalnya, tanpa mengetahui penyakitnya yang sebenar, tidak mungkin dapat dicari ubat dan penawarnya yang tepat. Atau dalam bidang politik, tanpa mengetahui sebab-sebab sebenar kenapa pihak rakyat menentang kerajaan, sudah pasti langkah-langkah yang diambil untuk membendungnya sama sekali tidak akan behasil. Jika di pihak pertama penyakit yang dialami akan terus merebak, maka di pihak kedua golongan rakyat akan terus bangkit menentang kerajaan, malah mencetuskan pemberontakan dan kekacauan di sana-sini.

    (c) Menilai cara-cara penyelesaian.
    Langkah ketiga ialah memilih cara-cara terbaik dan paling berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Barangkali terdapat berbagai-bagai cara yang difikirkan, tetapi melalui proses penilaian baik-buruk dan betul-salah secara kritikal, akhirnya terpilih cara tertentu untuk dijalankan.

    (d) Membuat kesimpulan.
    Langkah ini sebenarnya hanya dibuat untuk mengesahkan premis melalui contoh-contoh yang dipilih dan dikira relevan dengan matlamat awal. Matlamat yang tidak relevan diketepikan kerana ia boleh membawa kesimpulan yang menyimpang daripada matlamat premis.

    Itulah antara lain cara-cara penyelesaian menurut cara kaedah logik. Kaedah ini memang banyak kelebihannya, kerana ia melatih kita berfikir dengan tepat dan tersusun. Dari segi sejarah sendiripun ilmu logik muncul sebagai reaksi terhadap kekacauan fikiran golongan Sophist yang membawa belia Yunani ke arah keruntuhan. Sesungguhnya Jasa Socrates, Plato dan Aristotle cukup besar dalam membentuk ilmu logik ini bukan sahaja di Yunani bahkan juga di dunia Barat dan Timur selepasnya. Tanpa menafikan kepentingan dan kelebihannya yang banyak itu, sebenarnya kaedah logik mempunyai kelemahannya sendiri, Antaranya ialah:
    Sebagai kaedah rasional, kemampuannya terbatas di alam fizik dan alam natural sahaja. Akal sama sekali tidak dapat menjangkau permasalahan alam metafizik dan alam supernatural. Di sinilah timbulnya tentangan tokoh-tokoh ulama Islam terhadapnya, seperti imam al-Syafii, Imam al-Nawawi, Ibn Solah dan terutamanya Ibn Taimiyyah.
    Walaupun usaha mencari sebab dan punca sesuatu masalah itu sangat penting, tetapi akal kita juga tidak mampu mengenalpasti puncanya yang sebenar. Memang ada kalanya akal dapat mencarinya, tetapi kerap kali pula sebab atau puncanya itu tidak dapat dihindari. Malah kita terpaksa menghadapinya juga dalam kehidupan kita. Misalnya, kita tidak dapat memecat ketua kita yang menjadi punca segala masalah yang berlaku terhadap anak buahnya.
    Di samping masalah sebab, terdapat pula masalah akibat. Kaedah logik memang sangat menekankan persoalan sebab dan akibat ( cause and effect ) dalam hujah-hujahnya. Jika kita bertolak daripada premis yang salah, tentunya kita juga akan mendapat kesimpulan yang salah. Misalnya, kita mendefinisikan kebahagiaan atau kejayaan itu menurut ukuran fizikal dan material. Kerana itu apabila kita mendapati seseorang pemimpin itu didakwa sebagai baik atau wira. maka ukuran kebaikan atau kewiraannya itu adalah berdasarkan aspek fizikal dan material, meskipun dalam aspek moral dan spiritualnya rakyat jelata mengalami kehancuran.

    2) Penyelesaian Secara Saintifik

    Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal-induktif seperti berikut:

    a) Mengadakan hipotesis.

    Katakan anda seorang saintis. pertama sekali mesti mempunyai hipotesis tertentu sebagai penggeraknya. Misalnya, anda ingin mengesahkan sama ada betul atau tidak bahawa Charles Darwin sendiri berasal daripada spesis monyet. Ataupun, kita ingin mengetahui benar atau tidak bahawa kemunduran bangsa Melayu disebabkan mereka malas bertikir, atau pun kerana tidak menguasai teknologi maklumat (IT), dan sebab-sebab lain lagi. Semuanya ini merupakan anggapan atau hipotesis yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.

    b) Mengumpul maklumat.

    Peringkat inilah yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintitik, setiap hipotesis atau asumsi akan dianggap benar sahaja tanpa perlu mengadakan bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya. Kebanyakan kita pula boleh bertikir secara saintifik dalam kehidupan akademiknya, tetapi dalam kehidupan seharian kita tidak lagi bersikap dan bertindak secara saintifik. Misalnya apabila seorang ketua tidak menyukai salah seorang pembantunya, hanya cukup dengan keterangan "orang kepercayaannya" lalu dia terus membuat keputusan memecat pembantunya, tanpa mempedulikan sama sekali bukti-bukti lain yang bertentangan dengan keputusannya. Contoh ini merupakan tindakan emosional, bukan tindakan saintifik. Tindakan saintifik memerlukan bukti dan fakta empirikal yang mencukupi, sebelum membuat kesimpulan atau hukuman tertentu.

    c) Membuat kesimpulan.

    Setelah mengumpul maklumal yang mencukupi, baruiah sampai kepada membuat kesimpulan atau keputusan. Selagi tidak ada bukti, atau bukti tidak mencukupi kerana hanya mendengar pendapat "orang kepercayaannya" sahaja. tidaklah boleh terus menjatuhkan hukuman tertentu. Satu jenis talasi atau kesaiahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang tergesa-gesa (hasty generalisation atau Pars pro toto), di mana dengan hanya satu bukti (yang kadang-kadang sangat lemah sekali), terus dibuat kesimpulan tertentu. Sikap saintitik akan menangguhkan atau menunda sebarang keputusan selagi tidak memperolehi bukti dan maklumat yang meyakinkan tentang hipotesis atau asumsi yang ada. Jika terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga dapat membuat kesimpulan yang tepat dan keputusan yang adil, maka terpaksa sabar menunggunya. Tindakan yang emosional dan tidak sabar dalam menjatuhkan sesuatu hukuman biasanya akan membawa kegagalan atau mengundang kerugian dan kadang-kadang kekacauan yang berpanjangan.
    Berbanding dengan kaedah-kaedah lain, kaedah saintifik yang paling popular dan berpengaruh dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Sejak timbulnya abad penguasaan sains dan teknologi pada Zaman Moden, boleh dikatakan setiap bidang kehidupan dan pemikiran telah didominasi oleh nilai dan kaedah saintifik. Sains dilihat sebagai kuasa yang dapat menyelesaikan setiap masalah manusia.

    3) Penyelesaian Secara Kreatif (Lateral)

    Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
    la tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik, di mana cara berfikirnya dikawal oleh penilaian betui atau salah, kuat atau lemah serta benar atau salah hujah dan fikiran kita. Kaedah kreatif atau lateral sebaliknya lebih suka menunda penilaian, kerana yang lebih penting ialah menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan ianya betul atau salah.
    la tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk menemui kebenaran. Kaedah kreatif dan lateral dalam menyelesaikan sesuatu masalah bukannya menganalisis punca-puncanya, sebaliknya mereka cipta penyelesaiannya yang dianggap lebih membawa keuntungan. Cara berfikir seperti ini disebut berfikir parallel atau selari, di mana kita mengemukakan idea-idea kreatif secara bebas dan mandiri, tanpa berkonflik antara sesamanya.
    la tidak bersifat vertikal atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat. Kaedah kreatif dan lateral sebaliknya bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri, tanpa diikat oleh logik sebab-akibat. Dengan sifat antilogik atau "logik air" ini ia bebas menerbitkan sebarang idea gila-gila, melompat atau songsang, asalkan ia dapat membawa perubahan dan keuntungan. Matlamat pemikiran kreatif dan lateral ialah meruntuhkan tembok-tembok yang membelenggu kemajuan berfikir selama ini, seumpama kebekuan fungsi (functional fixedness) atau kebekuan mental (mental set) yang menghalang seseorang melihat sudut-sudut baru dalam pemikirannya.

    Edward De Bono telah memperkenalkan kaedah Enam Topi Berfikir, yang harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang atau secara berkumpulan dalam menyelesaikan masalah iaitu :

    1) Topi Hijau
    Sebagai lambang pemikiran kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea, topi ini perlu dipakai pada peringkat permulaannya untuk mencari idea-idea alternatif.
    2) Topi Kuning
    Sebagai lambang pemikiran positif dan konstruktif, topi ini perlu dipakai untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea, terutama yang dianggap mengandungi banyak kelemahan.
    3) Topi Putih
    Sebagai lambang pemikiran objektif, topi ini dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.
    4) Topi Hitam
    Sebagai lambang pemikiran negatif dan kritikal, topi ini dipakai dengan tujuan mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.
    5) Topi Merah
    Sebagai lambang pemikiran emotif, topi ini dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea tertentu.
    6) Topi Biru
    Sebagai lambang langit di atas, topi ini dipakai oleh ketua untuk mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.

    Selain itu, beliau juga memperkenalkan kaedah tindakan yang perlu diambil melalui kaedah Enam Kasut Bertindak yang terdiri daripada :

    1) Kasut formal biru taut (Navy formal shoes)
    tindakan secara formal, biasa, mudah, ringkas seperti rutin.
    2) Kasut kelabu (Grey sneakers)
    tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea barn.
    3) Kasut perang (Brown brogues)
    tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel dan berkesan.
    4) Boot oren (Orange gumboots)
    tindakan secara cemas, bahaya, krisis, risiko, segera dan berani.
    5) Selipar merah jambu (Pink slippers)
    tindakan secara prihatin, perikemanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.
    6) Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes)
    tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.


    MENYELESAIKAN MASALAH SECARA ISLAM

    Penyelesaian masalah secara Islam mempunyai tiga corak, iaitu pendekatan Tauhid, pendekatan Hukum, dan pendekatan Sufi. Walaupun pendekatan-pendekatan ini kelihatan terpisah dan berdiri sendiri, namun ia sebenarnya saling melengkapi dan saling menguatkan, kerana semuanya berasaskan ajaran Islam yang syumul dan sempurna.

    Pendekatan Tauhid

    Pendekatan Tauhid memainkan peranan penting dalam dua aspek besar, iaitu aspek metafizik dan aspek fizik. Mengenai aspek metafizik, yang merupakan peranan asasinya, pendekatan Tauhid menyelesaikan masalah ontologi, iaitu tentang hakikat Tuhan, hakikat alam, dan hakikat manusia. Pertama sekali tentang hakikat Tuhan, sesuai dengan ajaran Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah, Tuhan dalam perspektif Islam bukan sahaja bersifat Esa dalam ertikata sebenarnya, bahkan merupakan satu-satunya Tuhan yang Mencipta dan Menguasai alam serta menjadi sasaran pengabdian makhluk manusia dan alam seluruhnya. Alam terbahagi kepada dua bahagian; alam nyata (syahadah) dan alam ghaib. Jika di alam dunia manusia boleh bertindak bebas sesuka hati tetapi di alam akhirat manusia akan diadili seluruh perbuatannya dan ditentukan sama ada akan menerima ganjaran syurga atau siksaan neraka. Bagi memastikan manusia mendapat balasan kebahagiaan di alam akhirat, manusia memerlukan pendekatan Tauhid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keyakinan dan keimanan.

    Pendekatan Hukum

    Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan menyebutkan hukum, maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat'i dan ijtihadi. Mengenai hukum qat'i atau tegas dan jelas, antaranya ialah hukum-hukum ibadat, munakahat, jinayat hudud dan sebagainya. Sebagai hukum yang sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan Sunnah, semuanya wajib dipatuhi dan ditaati sepenuhnya pada setiap masa dan tempat.

    Pendekatan Sufi

    Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah secara Islam dianggap bersifat rasional dan intelektual, sebaliknya pendekatan sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan hukum dianggap bersifat tegas dan keras, tetapi pendekatan sufi bersifat tembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok, iaitu: hakikat masalah, sebab masalah, dan kaedah penyelesaian.

    (a) Hakikat Masalah

    Mengenai hakikat masalah, selain daripada masalah Aqidah, pendukung pendekatan sufi yang bersifat rohaniah ini menganggap bahawa masalah asasi dan hakiki umat Islam ialah kelemahan akhlak dan adab. Penyakit akhlak ialah jiwa dan hawa nafsu yang kotor. Dengan memahami hakikat masalah ini kita dapat menyelesaikannya dengan tepat dan sempurna.

    b) Sebab Masalah

    Ada dua faktor kenapa manusia menghadapi masalah, iaitu faktor Tuhan dan faktor manusia sendiri. Mengenai faktor Tuhan, sebagai Pencipta yang berkuasa ke atas semua makhluk-Nya, sudah pasti segala sesuatu di alam ini tunduk di bawah perencanaan-Nya. Dialah yang merupakan Sebab pertama bagi segala kejadian, dan Dialah juga yang menjadikan akibat penyudah bagi segala kejadian.

    (c) Kaedah Penyelesaian

    Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi adalah berasaskan prinsip tazkiyyat al-nafs yang melibatkan dua dimensi:

    a) dimensi horizontal
    b) dimensi vertikal menekankan persoalan hubungan dengan Tuhan melalui amat ibadah, doa, zikir, wirid dan tilawah al-Quran..

    Dimensi horizontal adalah prinsip tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua proses, iaitu:

    1) Pembersihan diri (takhalli) daripada sifat-sifat buruk (mazmumah) seperti hasad dengki, mengumpat, ujub, takbur, bakhil, riyak, khianat, munafik, menipu, dusta, dan lain-lainnya. Dalam proses ini, terdapat maksiat zahir dan batin yang perlu dibersihkan. Maksiat zahir ada tujuh iaitu: maksiat mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, dua tangan, dan dua kaki. Sedangkan maksiat batin ialah seperti hasad, riyak, ujub, dan sebagainya.

    2) Menghiaskan diri (tahalli) dengan sifat-sifat baik (mahmudah) seperti taubat, ikhlas, sabar, syukur, harap, takut, zuhud, pemaaf, tawakkal, amanah, dan sebagainya. Ia juga merupakan ketaatan zahir dan ketaatan batin yang mesti ditanam. Ketaatan zahir wujud apabila tujuh anggota tersebut sentiasa terjaga dan terkawal perbuatannya.

    Dari segi implikasinya, pendekatan sufi membantu dalam menyelesaikan masalah hidup manusia, seperti masalah-masalah sosial, ekonomi, pendidikan, politik, dan terutamanya masalah emosi dan mental. Malah jika dibandingkan dengan pendekatan hukum, pendekatan sufi lebih berkesan dan kukuh ketahanannya, kerana hati yang sudah kuat benteng aqidah dan akhlak tidak akan mudah goyah apabila berhadapan dengan masalah-masalah kritikal dan mereka yang menggunakan pendektan ini akan sentiasa tenang dan sabar menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.


    Sumber dari:

    http://pdbiasa30dec2011.blogspot.my/p/bab-2-pemikiran-kritis.html